Pages

Apr 21, 2008

Hari ini dalam sejarah hidup ku

Tuan tuan dan puan puan sekalian,hari ini saya ingin menceritakan ttg pengalaman saya terkunci di luar rumah selama 1 jam setengah. Sebut betul betul…1 jam setengah (dammit)

Hal ini disebabkan oleh kecuaian saya yg membawa sejambak kunci yg kononnya kunci rumah saya, rupanya kunci rumah telah diremovekan dari geng kunci2 itu.

Saya seperti burung yang kehilangan sayap. Mau merayau pun tiada tempat,mau mengadu lagi la. Nasib baik saya mempunyai handphone SE, lalu saya pun bermesej-an la dgn org yg sepatutnya.

Ada satu ketika saya sangat frustrated, saya hampir memanjat belakang rumah saya supaya saya bole masuk ke dalam rumah melalui dapur. Tapi saya tidak panjat kerana saya sangat takut. Saya tinggal di tingkat 4 okay!

Ada ketika yg lain bila saya sangat2 frustrated, saya memasukkan pencungkil gigi ke dalam lubang kunci dan cuba mengunlock kunci rumah dengan klip rambut. Betapa malangnya saya apabila pencungkil gigi itu patah didalam. Cilaka.

Selepas 1 jam setengah, hero saya datang dengan tool mengunlock pintu. Saya sangat gembira sehinggalah saya diberitahu bahawa dia tidak dapat mengunlock kunci itu dengan skillnya. Saya berasa frustrated semula. Buka punya buka, try punya try, akhirnya si hero berjaya membuka pintu rumah saya dengan menggunakan kad lesen memandu. Saya sangat gembira, namun kegembiraan itu tidak berpanjangan.

Kunci rumah saya telah rosak,akibat pencungkil gigi yg patah didalam dan tidak dapat dikeluarkan.

Sigh.

Sekian saja la cerita saya pada hari ini. Saya tengah demam dan perlukan rehat dari segi mental dan fizikal.

6 comments:

Tal said...

*giggles* Ko ni Mell, nama ja tinggal di KML. Takkan ko x tau trick kaC masuk kad untuk buka kunci. But then..so dangerous la gitu, senang2 ja buka pintu ooo.

Hehe..ndapa Mell...ko menceriakan pagi yang suram ini dengan cerita lucu sebegitu...hehe...

fred said...

membuat kan ku berpeluh. perlukan ribenna sparkling

Mell said...

hihi,tidak penah ada experience terkunci ba di kml.tapi skg,berkali2 suda terkunci ni.tua suda kan. haha..

Mell said...

fred ku,awak berpeluh membaca cerita i ke?

hihi..

hornbill said...

first of all.... link my blog.
secondly..padan muka ko owh...
thirdly... i dont know u have ur blog. sorry for that

Mell said...

hornbill: terima kasih di atas kata2 galakan itu. saya amat menghargainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...