Pages

Nov 2, 2008

You should'nt laugh at this

*Percubaan menulis dalam BM, jikalau saya menggunakan BI dipersilakan untuk menempeleng saya.* 1.Saya bersyukur dengan masalah yg melanda saya beberapa hari lepas, itu membuatkan saya lebih kuat dari sebelumnya. 2.Saya bersyukur dengan kewujudan keluarga jauh saya yg sangat bangang dan palui dan suka menikam. Saya berjanji tidak ingin dan tidak akan menjadi seperti mereka. 3.Saya bersyukur kerana saya memiliki blog ini kerana saya mendapat ramai kawan baru. 4.Saya bersyukur kerana saya berusia 23 tahun dan masih bernyawa. 5.Saya bersyukur kerana saya mempunyai bapa yang paling penyabar, paling cerdik, paling pandai memandu dan laju memandu, dan lain lain paling. Saya tahu dengan adanya dia, saya akan sentiasa berusaha utk menjadi baik, sekurang kurangnya menjadi penyabar seperti dia. 6.Saya bersyukur kerana mempunyai 4 org adik yang mendengar cakap. Rumah saya sentiasa bersih. haha. 7.Saya bersyukur dengan keadaan kakak saya yg sihat, dan gembira. 8.Saya bersyukur kerana mempunyai seorg BF yg tidak pernah gagal utk menyokong saya ketika susah. Dia terlalu baik dan saya rasa tidak layak utk mendapat semua ini. huhu. 9.Saya bersyukur kerana saya sudah pernah melihat kesengsaraan dan kesedihan yg di alami oleh mendiang mama saya, dengan itu saya tahu saya perlu sentiasa menghargai hidup saya. 10.Saya bersyukur kerana dapat mengenali seseorang yg sangat istimewa di hati saya. 11.Saya bersyukur kerana mempunyai bentuk badan yang sepadan dengan ketinggian saya. Biarpun saya bukan JLo, pramugara airsia yang kacak itu selalu berada di tepi saya. hahaha. 12.Saya bersyukur kerana saya mempunyai kawan kawan yang sangat memahami, selalu menyokong dan menyayangi saya. Saya juga gembira kerana mereka tidak pernah pergi ke pub seperti saya. haha. 13.Saya bersyukur kerana badan saya tidak pernah dicemari dengan rokok dan minuman keras. 14.Saya bersyukur kerana mempunyai seekor kucing yang selalu menggembirakan saya, biarpun dia bukan milik saya. 15.Saya bersyukur kerana saya boleh makan semua jenis daging (haha!), semua jenis makanan laut, semua jenis aiskrim dan semua lah. 16.Saya bersyukur kerana saya mempunyai rupa yang sangat naif, biarpun sebenarnya tidak. Oleh itu saya belajar untuk tidak menilai seseorang dari paras rupa. 17.Saya bersyukur kerana saya sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. 18.Saya bersyukur saya pandai memasak tapi bukan seperti Jamie Oliver, dan tidak cerewet pasal makanan, begitu juga dgn BF saya. Saya tidak peduli dimana saya makan, yg penting saya makan dan tidak gastrik. 19.Saya bersyukur kerana ramai yg menyayangi saya, oleh itu saya berjanji tidak akan mengecewakan mereka. 20. Saya bersyukur kerana saya tahu bersyukur. 21.Saya sangat bersyukur kerana anda masih membaca. Habis suda. hehe.

22 comments:

carolchs said...

hahahahaha....kemasukan blog hari ini sungguh melucukan. Buat saya ketawa terkikik-kikik....

Wel^Beiolman said...

wah...byk ni mell..teruskan besyukur sebab nothing last forever jg k..even kecil tau sikit..mesti besyukur jg..good to hear u're doing good now...cheers!

Mell_f said...

CheguCarol: saya membacanya semula hari ini dan saya turut ketawa. haha.

Wel: Saya sungguh bersyukur lah ni,ya am doing hell-good. Thanks ;)

ReNo said...

Tahanks Giving day ka sini ni? hehe ya tambahan...no. 22. Bersyukur pada Tuhan sbb masih bagi peluang menikmati semua ini... termasuk 'kerana kami masih membaca' kekeke... nice post Mell.

KaDusMama said...

Bersukur itu tandanya ko menghargai sekeliling ko..! sia bersukur baca blog ko hari nie sebab ko buat sia bersukur sama diri sia juga!! hahahahah!! Apa bah sia melalut nie??

Mell_f said...

Reno: bukan thanksgiving pun mesti bersyukur bah kan. Mari kita bersyukur.

Kdmama: Saya bersyukur kerana telah membuatkan dirimu turut bersyukur. hehe..saya pun turut melalut juga ni. haha

Mas Light said...

Hahahha chegu! XD tu komen bah. Uh oh, saya bersyukur kerana saya tidak payah menggunakan bahasa melayu @_@ oh man sorry I can't..I sound too weird hahahahah XD

Claire said...

;) pertama kali sy komen ni setelah membaca kemasukan2 mu sebelum ini (kemasukan=entry...cubaan berbahasa melayu seperti anda..haha)

apa sy ingin kata kan ialah..mmg melucukan kiriman engkau kali ini biar pun sebenarnya ia tujuan untuk bersyukur...hehe

CatlinaFly said...

entri(betul ke dalam bm ni..?) anda hari ini berjaya membuatkan sy tersenyum selepas melalui separuh hari isnin yang memenatkan :)

Mell_f said...

massy: haha..tidak kedengaran pelik sama sekali massy.

claire: hi cik claire. hari ini saya membacanya semula,memang sangat lucu. tapi inda apa lah. <-- haha..fail!!

catlina: saya terharu dapat membuatkan anda tersenyum.

kesimpulannya mesti sentiasa bersyukur. hehe

Medusa said...

ini baru laa mell!! yay!! wb! hehe.. :D sa buring.. mana ko ni..? bz kaa moi..? slalu dtg menjenguk niari bz..? time sa buring..? hahah! ^_^

moi.. ^_^ im happy for u! :D

Toilet paper said...

nice one..
nanti try kadazan pula..
ya masa utk bersyukur la ni..haha..
kucing dgn ikan telah diganti dgn muka sumandak cumil..
haha

Kobie Vanessa said...

lawa la Mell, lucu sampai sa ketawa becucuran air mata dan hidung hehehehe :)

izanazuani said...

Mel, sia rasa bagus ko stick dlm English ja la... U sound funny when u write Malay u see... Hehehehehe...

Mell_f said...

beck: saya pun sungguh bosan tempoh hari,tapi saya tabahkan diri sj..haha..have a great day today moi..

max: kadazan? huhuhu..saya sungguh inda pandai kadazan,ko ajar la ah..hehe

kobie: hahaha..saya terharu.

izan: huhu..percubaan yg gagal la ni kan kenen..haha..

BuDakHutaN said...

wah... sungguh tersusun bait-bait kata daripada saudari mell, luahan kata dan rasa dinyatakan dengan terang serta jelas maksudnya...

ades..skema plak aku..
bah mell ...apa language lagi ko mo try ni?

Mell_f said...

BH: akan menjelang..sabaaarrr..

Aed said...

hye there ms mell...
so funny la u...
thanks 4 cheering my day wit tis post...thanks so much...omg, pass few days din laugh like tis...finally im alive again...

Mell_f said...

odre: haha..sure ;)

Ann Rachel said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mell_f said...

Ann,have to remove ur comment because u reveal my real name ba bebeh :( Dont feel sorry k, lama suda tu terjadi..huhu..thanks for dropping by ann..i know ko sungguh busy with ur studies.

Ann Rachel said...

alamak haha i dunno u dont want me 2 reveal ur real name hihihi nvm.

Yah
so busy busy and busyyyyyyyyyy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...